Kunjungan Pesuruhjaya Tinggi British, erat hubungan dua hala

Oleh : AHMAD ADIL MUHAMAD

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menerima kunjungan rasmi Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Vicki Treadell di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Treadell yang tiba di Pulau Pinang bagi menghadiri penganjuran Penang International Halal Expo & Conference (PIHEC) 2015 dan Festival Kari Sedunia di sini meluangkan masa selama 45 minit bertemu dengan Guan Eng.

Beliau yang dilahirkan di Ipoh, Perak mula berkhidmat di negara ini pada 21 Oktober tahun lepas dan meluahkan rasa gembira kerana dapat kembali ke Malaysia.

Dalam pertemuan tersebut, antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai sejarah warisan peninggalan British di negeri ini dan sektor pelancongan antara dua pihak. Turut serta, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Abdul Malik Abul Kasim.

} else {