Kursus Induksi PBT mantapkan gerak kerja Ahli Majlis, Ketua Jabatan

Gambar : BKTPSUK

PEMANTAPAN GERAK KERJA… Kursus Induksi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) anjuran Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (BKTPSUK) membabitkan Ahli-ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang berlangsung selama tiga hari di The Regency Gunung Jerai, Gurun, Kedah baru-baru ini antara lain bertujuan untuk memantapkan gerak kerja dari segi penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan, khususnya.

Disempurnakan Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow, kursus tersebut turut dihadiri Datuk Bandar MBPP, Dato’ Patahiyah Ismail dan Yang di-Pertua MPSP, Dato’ Maimunah Mohd. Sharif.

Antara pengisian kursus termasuk, penetapan penunjuk prestasi utama (KPI), perkongsian pengalaman serta cabaran dilalui sepanjang 2016, pemantapan budaya kerja cemerlang dan kendiri serta pengukuhan kepimpinan.

Selain itu, mantan Setiausaha Bandaraya MBPP, Dato’ Ir. Ang Aing Thye dan mantan Pengarah Jabatan Perancang Bandar MPSP, Ahmad Fuad Hashim yang bersara wajib barubaru ini, turut diraikan dalam Majlis Jasamu Dikenang