Laluan masuk Kg. Sungai Nibong Besar, TKMI seru dua pihak berbincang

PANTAI JEREJAK – Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon meminta jalan masuk utama ke Kampung Sungai Nibong Besar tidak ditutup dek dua kawasan perumahan di kawasan tersebu.

Justeru, beliau meminta badan pengurusan (MC) bagi kedua-dua flat Taman Mas dan perumahan Pantai Jerejak supaya saling berbincang isu berbangkit tersebut dengan wakil penduduk berkaitan.

“Saya mendapat maklum balas bahawa jalan masuk ke rumahrumah yang terletak di Kampung Sungai Nibong Besar ini tersepit di antara Flat Taman Mas dan perumahan Pantai Jerejak.

“Saya minta badan pengurusan kedua-dua perumahan ini segerakan rundingan supaya pintu masuk untuk penduduk kampung itu lebih mudah,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak ketika menyertai Majlis Gotongroyong Perdana anjuran komuniti flat Taman Mas di sini baru-baru ini.