Layak ke Piala Dunia Gothia, Black Panthers terima RM5,000 suntikan moral

GEORGE TOWN – Pasukan bola sepak Pulau Pinang Bawah 14 Tahun, Black Panthers menerima suntikan dana RM5,000 daripada Kerajaan Negeri sebagai persiapan ke perlawanan Piala Dunia Gothia di Shenyang, China pada 13 hingga 19 Ogos ini.

Sumbangan tersebut disampaikan Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Chong Eng sambil disaksikan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Zairil Khir Johari di sini baru-baru ini.

“Saya mewakili FAP mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan kepada Black Panthers yang bakal membawa cabaran negara ke Piala Dunia Gothia.

“Difahamkan, Black Panthers merupakan pasukan pertama di Malaysia yang layak secara merit ke pertandingan peringkat dunia (remaja) seperti ini.

“Black Panthers layak setelah memenangi Piala Jeonsa serta Piala Jemputan Antarabangsa Pra-Kelayakan Gothia yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Februari dan Mac lalu,” katanya pada majlis berkaitan.

Hadir sama, wakil Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara Impian (sekolah sukan negeri Pulau Pinang), Mohd. Khairul Abd. Khair yang mengiringi empat pemain pasukan berkenaan.

Seiringan dengan pencapaian Black Panthers, Zairil memberitahu, Pasukan Bawah 16 Tahun Pulau Pinang juga tidak kurang hebatnya apabila daripada dua kejohanan disertai, masing-masing menobatkan pasukan tersebut sebagai juara dan naib juara.

“Kejayaan tersebut membolehkan mereka bertanding di satu kejohanan lagi di Singapura baru-baru ini, dan mereka layak hingga ke separuh akhir.

“Malah, kejohanan itu turut disertai beberapa pasukan handalan dunia yang mempunyai pusat akademi hebat seperti Fulham (England), Sporting Lisbon (Portugal), Bangkok United (Thailand) dan lain-lain lagi,” ujarnya.


Comments are closed.



Artikel Terkini

Like Our Facebook Page

Muat Turun Buletin Mutiara

Buletin Mutiara Videos

Komen Terkini

  1. Program tersebut telah lama diadakan sej... in ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma
    on September 9, 2015
  2. Saya ingin tahu rumah terbuka di seluruh... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on August 3, 2015
  3. 1 Ogos 2015 - Ahli Parlimen Bukit Bender... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015
  4. Salam hormat, Berikut adalah senarai y... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015

Archives