Lexis Suites Hotel di Teluk Kumbar simbol sektor pelancongan negeri diyakini – KM

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD

BAYAN LEPAS – Pembukaan Lexis Suites Hotel dekat Teluk Kumbar yang dilengkapi kolam renang persendirian di 222 kamar mewah masing-masing, kamar sonar, dewan persidangan dan bilik mesyuarat serta pelbagai kemudahan lain, sekaligus menyerlahkan keyakinan awam pada perkembangan sektor pelancongan negeri.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berharap pembukaan hotel tersebut mampu membawa masuk kira-kira 2.5 juta pelancong tradisi di bawah pengurusan empat resort Lexis Suites Hotel sejak tahun 2006 ke Pulau Pinang.

“Kita (Pulau Pinang) mempunyai semua kayakinan bahawa keduadua KL Metro Group dan Lexis Hotel Group yang menguruskan operasi Lexis Suites Hotel yang mana mereka mempunyai rekod mengagumkan di Port Dickson (dekat Negeri Sembilan)… berhubung empat resort di bawah pengurusan Lexis telah menerima 2.5 juta pelancong sejak tahun 2016.

“Pembukaan hotel mewah ini akan membawa jumlah pelancong ke Pulau Pinang, khususnya di ‘mutiara’ Teluk Kumbar,” katanya pada Majlis Pelancaran Pembukaan Lexis Suites Hotel di sini baru-baru ini. Menurut Guan Eng, pelabuhan 145 kapal pelancong mewah pada tahun lalu dengan jumlah penumpang kedua tertinggi dalam negara sebanyak 125,802 orang merupakan salah satu rekod bahawa sektor pelancongan negeri kian berkembang serta berdaya saing.

Sebelum itu, Pengerusi Kuala Lumpur Metro Group, Datuk Mat Hassan Esa memberitahu bahawa, hotel berkaitan mula dibuka untuk pelancong asing serta pengunjung tempatan sejak bulan Februari lalu.

“Nilai pembangunan kasar (GDV) adalah sebanyak RM205 juta dengan nilai pelaburan berjumlah RM183 juta,” ujarnya.

Pada sidang media selepas itu, Mat Hassan berharap Kerajaan Negeri dapat memberi peluang pada pemajuan projek masa depan Kuala Lumpur Metro Group, iaitu ‘rumah atas air’ seperti di Port Dickson kelak.

Exco Pembangunan Pelancongan, Law Heng Kiang, Datuk Law Tak Fatt (Pengarah Urusan Kuala Lumpur Metro Group), Datuk Yap Chuan Thai (Pengarah Eksekutif Kuala Lumpur Metro Group) dan Mandy Chew (Presiden Lexis Hotel Group) turut sertai majlis pelancaran pembukaan hotel di sini.

document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);