Maimunah hasrat popularkan kejayaan Pulau Pinang di Nairobi

GEORGE TOWN – “Di kediaman rasmi saya dekat Nairobi, Kenya nanti, saya berhasrat untuk mewujudkan sudut pameran khas mengenai kejayaan serta pengiktirafan dunia terhadap Pulau Pinang termasuk berkait MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Perai), MBPP (Majlis Bandaraya Pulau Pinang) dan GTWHI (George Town World Heritage Incorporated).”

Mantan Datuk Bandar MBPP, Dato’ Maimunah Mohd. Sharif menzahirkan hasrat itu pada Majlis Jamuan Perpisahan Anjuran Ketua Menteri Pulau Pinang di restoran atas puncak Komtar di sini 15 Januari lalu.

Semua Exco Kerajaan Negeri Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang hadir pada majlis jamuan tertutup tersebut.

Maimunah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) bagi Program UN-Habitat, dan akan mula melaporkan diri di Kenya pada 20 Januari ini

Sebelum itu, Guan Eng ketika berucap melahirkan harapan agar Maimunah terus membawa jenama Pulau Pinang di peringkat global.


Kategori: Bahasa Malaysia, Semasa

Comments are closed.



Artikel Terkini

Like Our Facebook Page

Muat Turun Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Komen Terkini

  1. Program tersebut telah lama diadakan sej... in ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma
    on September 9, 2015
  2. Saya ingin tahu rumah terbuka di seluruh... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on August 3, 2015
  3. 1 Ogos 2015 - Ahli Parlimen Bukit Bender... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015
  4. Salam hormat, Berikut adalah senarai y... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015

Archives