Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri batal

Admin

GEORGE TOWN – Bagi menghormati mereka yang terkorban dalam tragedi pesawat penerbangan MH17, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mengumumkan pembatalan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri di sini baru-baru ini.

Tambah beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih juga dibatalkan.

“Ini termasuk Majlis Rumah Terbuka Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan Majlis Rumah Terbuka Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang turut dibatalkan.

“Pembatalan ini adalah susulan daripada pengumuman yang dibuat Mesyuarat Kabinet baru-baru ini,’’ katanya pada sidang media di sini baru-baru ini.

Guan Eng memberitahu, Kerajaan Negeri menyatakan pendirian bahawa akan berdiri bersama Kerajaan Persekutuan demi keadilan kepada keluarga mangsa nahas pesawat MH17.