Maklum balas tingkatkan penyertaan Seberang Jaya Car Free Morning

SEBERANG JAYA – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bakal mendapatkan maklum balas daripada pihak-pihak berkepentingan berhubung penganjuran aktiviti senamrobik yang diadakan di Bandar Sunway di sini pada setiap Ahad minggu pertama setiap bulan.

Perkara tersebut dimaklumkan Yang diPertua MPSP, Dato’ Sr. Rozali Mohamud dalam satu sidang media baru-baru ini sejurus penganjuran Program Seberang Jaya Car Free Morning.

“Kita (MPSP) bercadang mengadakan satu mesyuarat khas bersama-sama kumpulan berkepentingan bagi mencari inisiatif bagi menarik lebih ramai kehadiran peserta menyertai acara senamrobik di sini.

“Program ini sebenarnya diadakan dalam usaha menggalakkan masyarakat di Seberang Perai, khususnya untuk membudayakan sukan serta menjalani kehidupan yang sihat,” katanya pada majlis berkaitan.

Rozali dalam pada itu turut mempelawa komuniti di Seberang Perai untuk hadir menyertai dan memberi sokongan dalam penganjuran Program Seberang Jaya Car Free Morning yang diadakan pada setiap Ahad minggu pertama.

“Selain senamrobik, turut diadakan acara sukan  berbasikal, permainan, pendidikan kesihatan, jualan dan lain-lain.

“Selain itu, acara sama turut diadakan di Taman Tugu Demokrasi, Mak Mandin, Seberang Perai Utara pada minggu ketiga setiap bulan dan dekat Taman Berjaya, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, setiap minggu keempat setiap bulan,” jelasnya.

Difahamkan, lebih 500 peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pertubuhan memeriahkan program senamrobik tersebut dekat Jalan Todak 2 dan Jalan Todak 3 baru-baru ini.

 


Comments are closed.



Artikel Terkini

Like Our Facebook Page

Muat Turun Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Komen Terkini

  1. Program tersebut telah lama diadakan sej... in ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma
    on September 9, 2015
  2. Saya ingin tahu rumah terbuka di seluruh... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on August 3, 2015
  3. 1 Ogos 2015 - Ahli Parlimen Bukit Bender... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015
  4. Salam hormat, Berikut adalah senarai y... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015

Archives