Masalah banjir Jalan Kuantan jangka diatasi – ADUN

GEORGE TOWN – Masalah kekerapan kejadian banjir kilat di Jalan Kuantan di sini yang berlarutan sejak beberapa bulan lalu dijangka dapat diatasi dalam tempoh masa terdekat.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata, beliau memandang serius permasalahan tersebut kerana kejadian banjir umumnya bakal menyebabkan rutin harian ratusan penduduk sekitar terjejas.

“Pihak saya telahpun panjangkan aduan penduduk di sini kepada Majlis (Majlis Bandaraya Pulau Pinang, MBPP) dan pemaju berwajib di kawasan tersebut.

“Malah, pemaju juga bersedia untuk menaik taraf sistem perparitan sedia ada serta melakukan kerja-kerja pelebaran longkang sehingga 3 meter dalam masa terdekat,” katanya ketika mengadakan tinjauan ke kawasan tersebut di sini baru-baru ini.

Turut sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng, beberapa pegawai MBPP, wakil penduduk, Tan Tean Cheng, Presiden Persatuan Peniaga Pasar Jalan Kuantan, Khoo Saw Ean serta wakil pemaju.

Mengulas lanjut, Jagdeep juga ADUN Datuk Keramat memberitahu bahawa beliau turut mengarahkan MBPP untuk melakukan kerja-kerja pembersihan longkang lebih kerap di kawasan terbabit terutama ketika musim hujan dan semasa air pasang.

“Saya menyifatkan bahawa kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan akan dapat menyelesaikan masalah banjir di kawasan tersebut kelak,’’ ujar beliau.

} else {