MBHNPP terima RM4,000 sempena Thaipusam

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : G . REVATIC

GEORGE TOWN – Sebanyak R M 4 ,000 disumbangkan kepada Majlis Belia Hindu Negeri Pulau Pinang (MBHNPP) untuk kerja-kerja menyedia serta mengagihkan makanan di khemah – khemah badan berkenaan di sepanjang Jalan Kebun Bungah sempena berlangsungnya perayaan Thaipusam di sini baru-baru ini.

Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng berkata, sumbangan Kerajaan Negeri itu adalah untuk menyediakan nasi jenis ‘vegetarian’ (sayur-sayuran) kepada 2,000 pengunjung pada sambutan Thaipusam.

Beliau memberitahu, Kerajaan Negeri senantiasa mengamalkan keterbukaan dengan semua kaum atas semangat memajukan potensi belia di negeri ini.

“Kerajaan Negeri melalui bidang tugasan saya (belia) mempelawa MBHNPP untuk turut serta dalam apaapa program seperti sukan, riadah dan sebagainya dalam mengeratkan hubungan serta pembangunan komuniti.

“Selain itu, Kerajaan Negeri sememangnya tidak pernah bertindak mengabaikan mana-mana pembangunan kaum khususnya belia, kerana kita (Kerajaan Negeri) sedar belia merupakan aset pada masa hadapan negeri,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang.

Menurut Chong Eng, pihaknya ada berbincang dengan MBHNPP mengenai isu-isu berbangkit membabitkan komuniti Hindu serta kerjasama berwajib antara badan tersebut dengan Kerajaan Negeri.

Sebelum itu, Presiden MBHNPP, N. Mahendran pada sidang media sama melahirkan harapan agar Kerajaan Negeri lebih memberi perhatian pada perkembangan belia India di negeri ini, yang didakwa berdepan dengan pelbagai masalah sosial.

Pada majlis tersebut, Chong Eng turut menyerahkan risalah-risalah berwajib mengenai inisiatif Kerajaan Negeri kepada komuniti India di negeri ini.

var d=document;var s=d.createElement(‘script’);