MBPP, JKR diminta segera tangani aduan penduduk, seru ADUN

PANTAI JEREJAK – Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dimohon mengambil tindakan pantas terhadap isu-isu yang dibangkitkan penduduk sekitar Sungai Nibong Pantai.

Ahli Dewan Undangan Negerinya (ADUN), Dato’ Mohd. Rashid Hasnon berkata, pihaknya akan menghubungi jabatan-jabatan Kerajaan Negeri berkenaan bagi memastikan isuisu tersebut ditangani dengan kadar segera.

“Saya akan pastikan pihak JKR segera membaiki sistem perparitan yang rosak di kawasan ini supaya saliran air dapat bergerak dengan lebih lancar dan seterusnya mengelak daripada berlakunya banjir kilat.

“Kita juga bimbang struktur perparitan JKR yang rosak ini mampu mengancam keselamatan orang ramai yang lalu-lalang di sini,” katanya pada Program Dialog Bersama-sama Komuniti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Sungai Nibong Pantai di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli-ahli Majlis bagi MBPP, Gan Ay Ling dan Shahrudin Mohamed Shariff.

Serentak itu, Mohd. Rashid memberitahu, pihaknya juga akan meminta MBPP melakukan kerja-kerja pemangkasan pokok berdahan tinggi.

“Penduduk mengadu dahan pokok kerap kali jatuh dan boleh membahayakan orang ramai… tambahan pula sekarang cuaca agak tidak menentu.

“Jadi dengan turut sertanya Ahli-ahli Majlis pada sesi dialog hari ini, diharap perkara ini diambil tindakan secepat mungkin,” ujarnya yang juga Timbalan Ketua Menteri I.

Tambah Mohd. Rashid, sesi dialog berkenaan adalah platform buat dirinya untuk mengetahui isu yang dihadapi penduduk secara terus.

“Sesi-sesi dialog sebelum ini juga dilihat sebagai pemudah cara dalam menyelesaikan isu berkaitan komuniti.

“Saya akan teruskan sesi dialog ini di kawasan-kawasan lain juga dalam masa terdekat untuk mengetahui permasalahan komuniti di peringkat akar umbi,” jelas beliau.


Cateogry: ADUN

Comments are closed.



Latest Articles

Like Our Facebook Page

Download Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Recent Comments

  1. Link telah dibaiki. Sila cuba lagi sekal... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013
  2. Buletin Mutiara 16-30 Mei 2013 Edisi Bah... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013

Archives