Misi Bantuan Pasca Banjir Pantai Timur ZPP

ZAKAT Pulau Pinang (ZPP) membuka lembaran tahun baru 2015 dengan menyantuni mangsa banjir di Pantai Timur.

Misi Bantuan Pasca Banjir Pantai Timur dilancarkan pada 7 Januari 2015 yang lalu. Sekumpulan 10 orang kakitangan ZPP telah ditugaskan ke Kelantan bagi menjayakan misi berkenaan. Dalam misi tersebut, bantuan berupa wang tunai, pakaian lengkap persekolahan dan juga makanan telah diagihkan.

Sejumlah RM400,000 turut diserahkan kepada kerajaan negeri Kelantan untuk diagihkan buat mangsa – mangsa banjir. Sumbangan tersebut telah diserahkan sendiri oleh Yang Di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Dato’ Haji Mohd Salleh Man kepada Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Haji Ahmad Yakob dalam satu majlis yang diadakan di daerah Dabong, salah satu kawasan yang terjejas teruk akibat banjir.

Selain itu, sejumlah 10,000 pasang pakaian lengkap persekolahan Produk Usahawan Asnaf Zakat ( PUAZ ) turut diagihkan kepada pelajar di sekitar Kuala Krai dan Dabong. Alhamdulillah, ini merupakan tanggungjawab sosial ZPP bagi membantu mereka yang dilanda musibah . Semoga Allah membantu dan meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir.

Terima kasih pembayar zakat, zakat ditunai asnaf terbela

 document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);