MP kumpul pakaian raya terpakai bermutu sempena 1 Syawal

Admin

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

BUKIT TAMBUN– Ahli Parlimen Batu Kawan, P. Kasthuriraani membuka tiga pusat pengumpulan pakaian terpakai bermutu di sepanjang bulan Ramadan ini supaya aktiviti amalan itu boleh dimanfaatkan keluarga umat Islam terpilih setempat sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Program amal Syawal bertemakan ‘Beraya Bergaya Bersama’ itu diharap dapat menggalakkan komuniti untuk tidak membazir, memberi sedekah dan yang paling penting adalah renungan bersama akan kepentingan orang yang kurang bernasib baik untuk hidup selesa sebagaimana menjadi mesej berpuasa pada bulan Ramadan ini.

“Sesiapa pun boleh menyumbang jika ada pakaian raya terpakai bermutu bagi lelaki, wanita dan kanak-kanak untuk diagihkan kepada golongan terpilih sebelum 1 Syawal nanti,” ujarnya di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Batu Kawan di sini baru- baru ini.

Pengumpulan pakaian raya terpakai bermutu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai adalah Surau Perai (Suhairi, 011 – 1474 0596), DUN Bukit Tengah di Kedai Pak Ya Kebun Sireh (Zahir, 019 – 413 5645) dan DUN Bukit Tambun di Masjid Al-Insaniah Simpang Empat (Shahidi, 012 – 468 4574).

“Selain tiga pusat pengumpulan ini, pakaian raya bermutu turut boleh dikumpulkan di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Batu Kawan,” jelas Kasthuriraani.

Info lanjut, hubungi Pegawai Seranta, Rajhan pada talian, 04 – 568 1638 atau 010 – 231 5253.