MPPP seru maklumbalas awam tukar arah aliran trafik

Oleh: NORSHAHIDA YUSOFF

GEORGE TOWN – Orang ramai diseru memberikan maklum balas berhubung inisiatif Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menukar arah aliran lalulintas dua hala kepada sehala membabitkan beberapa kawasan sekitar Bandar Baru Air Itam sebagai inisiatif menyuraikan keadaan traffik sedia ada.

Jurutera Kanan Lalulintas Bahagian Kejuruteraan MPPP, Zainuddin Mohamad Shariff berkata, cadangan tersebut adalah bagi melicinkan aliran lalulintas di kawasan- kawasan terbabit terutamanya pada waktu puncak.

“Justeru, pihak Majlis (MPPP) menjemput masyarakat sekitarnya untuk turut serta mengemukakan pandangan, ulasan, bantahan
atau persetujuan berhubung pelaksanaan tersebut.

“Setiap maklumbalas yang diterima akan dikaji Majlis sebelum sebarang keputusan diambil,” ujarnya pada sidang media di lokasi baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya terubong, Yeoh Soon Hin.

Tujuh kawasan yang terlibat dalam cadangan pelaksanaan sistem aliran sehala adalah Medan Angsana, Medan Angsana 2 dan 4, Lorong Tepi Medan Angsana 4, Jalan Khidmat (Lintang Angsana), Jalan Khidmat (Jalan Angsana) dan Jalan Khidmat (Lebuhraya Thean Teik).

Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 04 – 259 2202/04 – 259 2205 (Puan Rafidah atau Puan Rashidah) atau emailkan kepada [email protected].