MPSP cadang buka dua tapak baru, Pasar Malam Taman Desa Damai tutup

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

PADANG LALANG – Pintasan lebuhraya yang baru s i a p  d i b i n a  b a g i menghubungkan Jalan Song Ban Kheng ke Bandar Perda dikenalpasti mengakibatkan lokasi Pasar Malam Taman Desa Damai berusia lebih 20 tahun sebagai membahayakan keselamatan orang awam dan kaum penjaja di sini.

Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Micheal Tan Cheong Heng bagaimanapun berkata, pihaknya merancang untuk membuka dua tapak pasar malam baru berdekatan jalan altenatif melintasi landasan Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Kebun Sireh dan Taman Machang Bubok demi memelihara kepentingan penjaja kecil berwajib.

“Selain ada berlaku satu kemalangan di tapak pasar malam baru-baru ini, langkah MPSP menutup operasi pasar malam ini adalah kerana mendapat suatu memorandum daripada penduduk tempatan bahawa lokasi berkaitan bahaya untuk pengunjung.

“Kita (MPSP) tak paksa penjaja-penjaja kecil untuk pergi ke mana-mana tapak pasar malam, mereka bebas untuk pilih, (termasuk) sama ada berniaga di Kebun Sireh atau Taman Machang Bubok, selepas kedua-dua tapak pasar malam yang baru ini dibuka nanti,” jelasnya kepada wartawan, selepas meninjau lokasi Pasar Malam Taman Desa Damai berhampiran Taman Gemilang Ria yang didakwa membahayakan pengunjung di sini baru-baru ini.

Sebelum itu, pihak terbabit turut mengakui turut mengakui bahawa mereka tidak lagi memohon semula lesen penganjur pasar malam tersebut daripada MPSP kerana menganggap kawasan tersebut mempunyai risiko keselamatan.

Justeru, Cheong Heng memberitahu, pihaknya berharap JKKK Kebun Sireh dan JKKK Taman Machang Bubok dapat memohon lesen penganjur sesegera mungkin, untuk diproses oleh MPSP.

“Kelulusan permohonan bergantung pada proses teknikal yang dihadapi, tapak cadangan kita di Kebun Sireh umpamanya dikenalpasti membabitkan tanah milik persendirian dan kita akan berunding sesegera mungkin,” jelas beliau.}