MPSP edar topeng jerebu di sekolah

 

SEBAHAGIAN murid SJK (C) Li Hwa memakai topeng penutup mulut dan hidung yang diedarkan pihak MPSP.
SEBAHAGIAN murid SJK (C) Li Hwa memakai topeng penutup mulut dan hidung yang diedarkan pihak MPSP.

 

 

SEBERANG PERAI – Prihatin dengan nasib rakyat, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) telah membuat persiapan awal agar kesihatan warga Pulau Pinang tidak dijejaskan dengan kualiti udara yang tidak sihat. Inisiatif diambil dengan mengedarkan 10 juta keping topeng penutup mulut dan hidung di beberapa kawasan Seberang Perai.

Lanjutan daripada usaha tersebut, beberapa orang wakil daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah mengedarkan topeng tersebut di tiga buah sekolah di daerah Seberang Perai iaitu SJK (C) Li Hwa (2000 keping), SJK Chung Ling, Butterworth (2600 keping) dan SMK Bagan Jaya (2300 keping).

Menurut jurucakap MPSP, murid-murid sekolah diberi perhatian khusus oleh kerana antibodi badan yang tidak begitu kuat berdasarkan faktor usia mereka. Namun, bagi kawasan-kawasan yang ingin mendapatkan topeng tersebut boleh mengemukakan permohonan kepada pihak MPSP. Rakyat juga boleh melayari laman www.doe.gov.my bagi mendapatkan informasi terkini keadaan jerebu yang melanda negara.