MPSP fokus satukan masyarakat melalui karnival kitar semula

Teks & Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD

BUKIT TAMBUN – Penganjuran Karnival Jom Kitar Semula merupakan medium berkuasa dalam menyatukan masyarakat tanpa mengira latar belakang di negeri ini ke arah membentuk Pulau Pinang yang lebih bersih, hijau, selamat dan sihat.

Pengarah Perbendaharaan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Sharulnizad Abd. Razak yang mewakili Yang di-Pertua MPSP ketika merasmikan Karnival Jom Kitar Semula Bandar Tasek Mutiara Fasa 1 berkata, penyertaan menggalakkan daripada golongan masyarakat merupakan petanda positif serta bukti sokongan terhadap program anjuran MPSP.

“Kita semua sebenarnya mempunyai peranan dalam membudayakan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian yang secara tidak langsung, gabungan ciri-ciri ini akan mencorakkan personaliti terbaik.

“Sambutan dan sokongan terhadap program yang dianjurkan dapat mendorong MPSP untuk terus menganjurkan program-program kitar semula yang memberi manfaat kepada semua pihak,” katanya pada majlis berkaitan di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Balai Polis Bandar Tasek Mutiara, Sarjan Mejar Sanusi Saad, Tan Chor Soon (Pengerusi Persatuan Penduduk Kepala Gajah) serta dua Ahli Majlis bagi MPSP, Dr. Tiun Ling Ta dan Heng Yeh Shiuan.

Tambah Sharulnizad, penganjuran berkaitan telah berjaya menarik penglibatan seramai 150 penduduk untuk bersama-sama menjaga alam sekitar dengan inisiatif mengitar semula.

“Selaras dengan seruan Kerajaan Negeri untuk membentuk Pulau Pinang yang lebih bersih, hijau, selamat dan sihat, komuniti di sini telah mendirikan pusat kitar semula dan melaksanakan Kempen Jom Kitar Semula.

“Pada hari ini sahaja, kita telah berjaya mengumpul bahan-bahan kitar semula daripada 150 penduduk di sini dan berharap penyertaan akan meningkat pada masa akan datang,” jelasnya.

Pameran kitar semula, bengkel pengasingan sisa, pengkomposan dan tanaman sayur turut didedahkan pada penganjuran berkaitan, malah, para penduduk juga disyaratkan supaya membawa dua jenis barang untuk dikitar semula bagi membolehkan mereka memenangi hadiah pertandingan yang ditawarkan.document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);


Kategori: Bahasa Malaysia, Hijau

Comments are closed.



Artikel Terkini

Like Our Facebook Page

Muat Turun Buletin Mutiara

Buletin Mutiara Videos

Komen Terkini

  1. Program tersebut telah lama diadakan sej... in ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma
    on September 9, 2015
  2. Saya ingin tahu rumah terbuka di seluruh... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on August 3, 2015
  3. 1 Ogos 2015 - Ahli Parlimen Bukit Bender... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015
  4. Salam hormat, Berikut adalah senarai y... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015

Archives