MPSP galak aduan melalui emel

Admin

Oleh : ZULIANA AZIZ

SEBERANG PERAI – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menggalakkan orang ramai mengguanakan teknologi internet iaitu emel untuk mengemukakan sebarang maklum balas ekoran cara tersebut dilihat lebih efektif, ringka serta mudah difahami.

Ahli Majlis MPSP, Soon Lip Chee berkata, berdasarkan statistik pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan, orang ramai lebih cenderung mengemukakan aduan dengan menggunakan talian telefon berbanding internet dan emel yang lebih mudah dan ringkas.

“Malah, terdapat juga sebilangan kecil iaitu kira-kira 10 peratus orang awam menggunakan surat untuk mengemukakan aduan masingmasing.

Namun, medium tersebut dilihat kurang berkesan kerana tidak ramai yang tahu mengenai format yang betul untuk menulis surat rasmi bagi tujuan terbabit.

“Justeru, kami (MPSP) lebih menggalakkan penggunaan emel selaras dengan misi Kerajaan Negeri dalam menuju era digital,” katanya kepada Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

Menurut Lip Chee, sepanjang tempoh empat setengah tahun beliau dilantik sebagai Ahli Majlis, pelbagai aduan diterima berkaitankebersihan parit, sampah tidak dikutip, rumput tidak dipotong, jalan raya dan lampu isyarat rosak, lampu jalan tidak menyala, operasikilang secara haram, premismakanan kotor, kekurangan tapakparkir, pokok tua atau tumbang danlain-lain.

“Lazimnya, pihak MPSPmengambil inisiatif untuk menyelesaikan setiap aduan diterima walaupun terdapat beberapa kes yang masih aktif dansedang dalam siasatan.

“Dalam pada itu, saya turut berterima kasih kepada orangawam kerana melalui aduan yang diterima, ia secara tidak langsung mempertingkatkan dan membawa perkhidmatan MPSP ke tahap yanglebih cemerlang,” jelas beliau.