MPSP indahkan lokasi pembuangan sampah guna bahan terbuang

CANTIK MELALUI KITAR SEMULA… Siapa sangka lokasi pembuangan sampah tidak mampu dicantikkan serta diceriakan menggunakan bahan-bahan kitar semula.

Buktinya, hasil inisiatif para Pekerja Awam dari Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), beberapa lokasi pembuangan sampah sekitar Parlimen Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara (SPU) kini bertukar wajah!

Antaranya di Jalan Lahar Yooi, Jalan Nyior Sebatang, Jalan Permatang Tiga, Sungai Tok Ungkat, Purnama Teluk Air Tawar, Merbau Kudong, Jalan Pokok Tampang, Jalan Pokok Macang dan berhadapan Balai Polis Telok Air.

Antara barang-barang terbuang yang digunakan bagi menjayakan projek bertujuan mendidik masyarakat supaya menjaga kebersihan dengan mengamalkan sikap lebih bertanggungjawab ke dalam tong komunal ialah seperti tayar, kayu, palet dan rantai motor.