MPSP perkenal ‘Caring For The Elderly’ demi hargai masyarakat setempat

SEBERANG JAYA – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) barubaru ini memperkenalkan pendekatan baru berkonsepkan ‘Caring For The Elderly’ demi memastikan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan lebih inklusif selain meningkatkan lagi kualiti hidup masyarakat setempat.

Yang di-Pertua MPSP, Dato’ Sr. Rozali Mohamud berharap pelaksanaan strategi itu akan dilihat sebagai tanda penghargaan MPSP kepada seluruh masyarakat di Seberang Perai terutama oleh warga emas.

“Saya berpendapat bahawa prinsip ini tidak hanya bergantung kepada tanggungjawab ahli keluarga bahkan ia juga menjadi sebahagian daripada tanggungjawab kerajaan, PBT, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta dan semua pihak yang berkepentingan,” ucapnya pada Majlis Perhimpunan Korporat MPSP di sini 9 Mac lalu.

Hadir sama, Setiausaha Perbandaran, Ir. Rosnani Mahmod, ketua-ketua jabatan dan penolong pengarah, pegawai-pegawai kanan, Ahli-ahli Majlis MPSP, seluruh kakitangan serta wakil-wakil persatuan.

Mengulas lanjut, Rozali memberitahu, antara program yang dianjurkan di bawah strategi baru itu adalah ‘Forest Bathing’ pada 24 Mac lalu.

Program tersebut menurutya, adalah asas penjagaan kesihatan, pencegahan dan penyembuhan dalam perubatan Jepun yang melibatkan aktiviti riadah atau rekreasi ringkas di kawasan hutan hijau sedia ada.

“Forest Bathing ini sudah terkenal lama di Jepun yang disebut juga sebagai ‘Shirin- Yoku’.

“Ini adalah satu konsep ‘Care For The Elderly’ yang mana MPSP ingin mengalakkan warga emas menghirup udara segar dan menghayati alam semula jadi dengan membawa mereka mengelilingi Bukit Nyior.

“Dengan melihat dan mendengar, ia secara tidak langsung akan mendamaikan hati dan perasaan seterusnya boleh menyembuhkan penyakit atau keadaan kesihatan akan bertambah baik,” jelasnya.

Sementara itu, bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia, Rosnani menyatakan bahawa MPSP kini sedang melihat daripada pelbagai perspektif bagi mencapai matlamat keserataan gender.

“Dari segi tenaga kerja profesional, kita (MPSP) hampir mencapai keserataan gender apabila mempunyai 29 kakitangan wanita berbanding lelaki (31).

“Tetapi bagi jumlah keseluruhan tenaga kerja MPSP, hanya 560 orang sahaja tenaga kerja wanita berbanding lelaki (3,573)… ini suatu perbezaan yang amat ketara,” kata beliau.


Cateogry: PBT

Comments are closed.



Latest Articles

Like Our Facebook Page

Download Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Recent Comments

  1. Link telah dibaiki. Sila cuba lagi sekal... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013
  2. Buletin Mutiara 16-30 Mei 2013 Edisi Bah... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013

Archives