MPSP sasar 50% sisa dialih dari pusat lupus sampah Pulau Burong

GEORGE TOWN – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengaku pertambahan bilangan penduduk yang kian padat di bahagian Seberang Perai, sedikit-sebanyak turut menyumbang kepada penjanaan sampah dalam tempoh lima tahun ini.

Yang di-Pertuanya, Dato’ Sr. Rozali Mohamud bagaimanapun berkata, MPSP mulai tahun depan akan melaksanakan lebih banyak lagi program komuniti, demi mengalihkan sekurang-kurangnya 50 peratus sisa yang dijana daripada terus dihantar ke pusat pelupusan sampah dekat Pulau Burung.

“Penjanaan (sampah) mungkin ada, tapi kita (MPSP) akan kompos, kitar semula, yang penting 50 peratus sampah yang dijana ini tidak sampai ke pusat pelupusan.

“Peruntukan bertambah, tapi alih sampah dari sampai ke pusat pelupusan dan beberapa program lain yang akan kita (MPSP) laksanakan, adalah program penjimatan kita (MPSP),” jelasnya pada sidang media selepas berucap pada Majlis Perhimpunan Korporat di lobi Kompleks Ibu Pejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini baru-baru ini.

Rozali, ketika membentangkan Bajet MPSP 2018 pada 28 September lalu mengumumkan RM102.17 juta diperuntukan untuk kerja-kerja pembersihan dan pelupusan pepejal, meliputi seluruh kawasan Seberang Perai.

Menurut beliau, peruntukan itu menyamai 34.8 peratus daripada keseluruhan RM293,468,850 anggaran perbelanjaan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan bagi tahun depan.


Cateogry: PBT

Comments are closed.



Latest Articles

Like Our Facebook Page

Download Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Recent Comments

  1. Link telah dibaiki. Sila cuba lagi sekal... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013
  2. Buletin Mutiara 16-30 Mei 2013 Edisi Bah... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013

Archives