MPSP serah kotak kitar semula kepada ‘Sekolah Hijau’

SEBERANG JAYA – Yang diPertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Dato’ Maimunah Mohd. Sharif baru-baru ini menyerahkan sejumlah 14,475 kotak kitar semula kepada semua ‘Sekolah Hijau’ bagi Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT).

Menurut beliau, MPSP pada 29 Ogos lalu telah menyerahkan 2,740 kotak kepada 37 ‘Sekolah Hijau’ membabitkan Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) sahaja.

“Kotak kitar semula hendaklah diletakkan di setiap kelas dan bilik guru bagi mengumpul barang kitar semula.

“MPSP berharap inisiatif ini akan membantu meningkatkan kutipan barangan kitar semula sekolah dan secara tidak langsung dapat menaikkan kadar kitar semula negeri Pulau Pinang,” ujarnya pada Majlis Penyerahan Kotak Kitar Semula Kepada Sekolah Hijau Peringkat Seberang Perai di sini baru-baru ini.

Beberapa Ahli Majlis bagi MPSP turut hadir pada majlis rasmi tersebut. Mengulas lanjut, Maimunah memberitahu, semua kotak kitar semula yang diserah oleh MPSP itu adalah sumbangan korporat syarikat GS Paper & Packaging Sdn. Bhd..

“Program 4P ini (yang disebut) ‘Public, Private, People, Partnership’ akan berjaya jika ketiga-tiga entiti ini, iaitu MPSP, GS Paper And Packaging Sdn. Bhd. dan muridmurid sekolah menjadi rakan kongsi,” jelasnya.

Selain amalan kitar semula, Maimumah menyatakan bahawa semua ‘Sekolah Hijau’ diseru melaksanakan Dasar Pengasingan Sisa Di Punca di sekolah masing-masing.var d=document;var s=d.createElement(‘script’);