Naiktaraf prasarana Flat Kg. Melayu sejak 7 tahun demi rakyat

Oleh : AINUL WAR DAH SOHILLI
Gambar : LAW SUUN TING

AIR ITAM – Beberapa prasarana dan kemudahan di Flat Kampung Melayu telah dinaiktaraf sejak tujuh tahun lalu
bertujuan memberi keselesaan dan kesejahteraan penduduk di sini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Hon W a i , penaiktarafan di Flat Kampung Melayu dilaksanakan m e n e r u s i beberapa siri projek naiktara t e r m a s u k p e n y e d i a a n kemudahan asas bagi penduduk di sini.

“ S e l a i n mengecat semula flat di sini, turut dilaksanakan adalah pemodenan lif, pengindahan taman permainan kanakkanak dan terkini adalah menaiktaraf Dewan Orang Ramai di Blok B,” ucapnya pada Majlis Perasmian
Penyempurnaan Dewan Orang RamaimBlok B, Flat Kampung Melayu di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli-ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Mohamed Yusoff Mohamed Noor dan Mhd. Nasir Yahya serta ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Kampung Melayu.

Selain beramah mesra dengan penduduk di Flat Kampung Melayu, Hon Wai turut meluangkan masa melawat pameran yang diadakan oleh agensi-agensi kerajaan dan keselamatan sempena sambutan penyempurnaan Dewan Orang Ramai dan Gotongroyong Perdana yang diadakan secara serentak.

Dalam pada itu, jelas Hon Wai, projek menaiktaraf dewan di sini menelan belanja RM98,500, termasuk kerja-kerja membaiki tingkap, pintu, mengecat semula dan pemasangan bumbung kajang (awning).

“Semua ini adalah untuk keselesaan orang ramai di samping memberi peluang penduduk di sini menggunakan kemudahan dewan (ini) untuk keraian dan kenduri-kendara.

“Penduduk boleh sambut hari jadi di sini, boleh adakan kenduri kahwin di sini, boleh adakan sukan dan permainan di sini, semua untuk kesejahteraan penduduk,” ujar beliau.} else {