Nepal Dreamz Run kumpul dana bantu mangsa gempa bumi

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

GEORGE TOWN – Demi membantu mangsa gempa bumi di Nepal, sebuah pertubuhan amal, The Dream Zephyr Foundation (Dreamz) mengambil inisiatif menganjurkan larian amal, Nepal Dreamz Run bagi tujuan mengumpul jumlah dana bernilai RM100,000 pada 16 Ogos ini di sini.

Pengasas Dreamz, Angeline Cheong berkata, dana yang dikumpul bakal digunakan untuk membeli pakaian tebal dan selimut bagi keperluan mangsa-mangsa berkaitan terutamanya untuk menghadapi cuaca sejuk yang bakal menjelang.

“Kita perlu berganding bahu dan berkerjasama bagi membina semula kehidupan di Nepal yang musnah akibat kejadian gempa bumi pada penghujung April lalu.

“Justeru, sokongan serta penglibatan semua pihak dalam menjayakan acara ini adalah amat penting,’’ katanya pada majlis sidang media di sini baru-baru ini.

Acara tersebut bakal berlangsung di Straits Quay dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari bakal menyempurnakan acara
pelepasan peserta.

Zairil dalam pada itu melahirkan ucapan terima kasih kepada pihakacara berkaitan.

“Penganjuran seperti ini sedikit-sebanyak diharap dapat membantu meringankan beban mangsa-mangsa terlibat terutamanya untuk
meneruskan hidup masing-masing,” ujar beliau.

Bagi maklumat lanjut, layari https://liv3ly.com/registration/event/ ndr atau berkunjung ke Mytriathlonshop di pusat membeli-belah
Penang Plaza, Jalan Burma sebelum 8 Ogos ini.

Larian adalah merangkumi kategori jarak tiga dan lima kilometer.