Newton Challenge kumpul RM10,000 untuk ACS

Gambar : MARK JAMES

TANJUNG BUNGA – Sebanyak RM10,000 sumbangan berjaya dikumpul dan disalurkan kepada pertubuhan kebajikan, Asia Community Service (ACS) hasil penganjuran program amal, Newton Challenge membabitkan penyertaan kira-kira 4,000 peserta di sini barubaru ini.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang turut serta dan menyempurnakan upacara pelepasan para peserta memberitahu bahawa, hasil kutipan tersebut bakal disumbangkan melalui wang tunai serta peralatan bantuan bagi membantu penghuni ACS menjalankan kerja-kerja harian.

“Saya amat gembira kerana dapat bersama-sama menjayakan acara amal ini.

“Penganjuran program sebegini adalah penting dalam mencapai misi Kerajaan Negeri untuk menjadi sebuah negeri bertaraf antarabangsa,” ujarnya pada Majlis Pelepasan Peserta Newton Challenge di sini baru-baru ini.

Newton Challenge memerlukan para peserta berlari sejauh 25 kilometer (km) merangkumi Strait Quay – Pulau Tikus – Pearl Hill – Jalan Mount Erskine – Chee Seng Gardens sebelum berpatah balik ke Straits Quay melalui Jalan Tanjung Bunga dan Jalan Tanjung Tokong.

Turut menjadi tetamu khas adalah 70 orang kurang upaya (OKU) yang berjaya melengkapkan cabaran larian sejauh 3.5km.

if (document.currentScript) {