P. Pinang bantah syor Pusat naikkan siling harga KR, KSR

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri membantah hasrat Kerajaan Persekutuan untuk menaikkan siling harga rumah kos rendah (KR) dan kos sederhana rendah (KSR). Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo menegaskan pendirian itu sebagai menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Lim Siew Khim.

“Pendirian (Kerajaan Negeri) ini diambil memandangkan ia akan membebankan golongan yang tidak berkemampuan,” katanya yang juga ADUN Datuk Keramat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini.

Tambah Jagdeep, semua Kerajaan Negeri di Malaysia turut bersetuju dengan pendirian Kerajaan Negeri Pulau Pinang, kecuali Sabah, Sarawak, Perak dan Negeri Sembilan.

“Jika siling harga KR dan KSR ditingkatkan, kadar penolakan permohonan pinjaman perumahan oleh pihak bank akan lebih tinggi berbanding sekarang,” jelasnya.

Terdahulu, Kerajaan Persekutuan bercadang meningkatkan siling harga rumah KR daripada RM42,000 pada RM65,000 dan KSR daripada RM72,500 kepada RM100,000.

Kerajaan Negeri semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pemantauan Pelaksanaan Keputusan Majlis Perumahan Negara (JKPKM) pada 18 Januari 2016 dan 4 April 2016 telahpun membantah syor Kerajaan Persekutuan itu.

} else {