P. Pinang komited inisiatif pulihara bumi

Admin

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : ALISSALA THIAN

GEORGE TOWN – Ganjaran lebih besar berjumlah RM20,460 menanti para pemenang Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah 2015.

Perkara itu dinyatakan sendiri Pengurus Hal Ehwal Korporat F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. (F&N), Cariessa Gohyang merupakan penaja utama pertandingan pada Majlis Pelancaran dan Taklimat Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah 2015 di sini baru-baru ini.

Menurut Cariessa, juara pertandingan bagi peringkat sekolah menengah dan rendah bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,400, diikuti tempat kedua (RM1,300), ketiga (RM1,200), keempat (RM1,100), kelima (RM1,000) dan RM300 bagi saguhati tempat keenam hingga kesepuluh.

“Bagi peringkat prasekolah, hadiah utama adalah berjumlah RM500, diikuti RM400 dan RM300 bagi pemenang tempat kedua dan ketiga.

“Pertandingan anjuran Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dengan kerjasama F&N, Tetra Pak (M) Sdn. Bhd. dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) ini adalah sebahagian inisiatif pemuliharaan alam sekitar di peringkat sekolah,’’ katanya pada majlis berkaitan di sini baru-baru ini.

Pertandingan yang berlangsung pada tempoh empat bulan bermula 15 April lalu sehingga 14 Ogos 2015 turut menawarkan empat anugerah khas bagi peringkat sekolah rendah dan menengah serta tiga anugerah khas lain
bagi peringkat prasekolah.

Sekolah-sekolah yang menyertai pertandingan berkaitan dikehendaki mengumpul barang-barang yang boleh dikitar semula seperti tin aluminium, botol plastik, kertas, sisa elektronik termasuk peranti hiburan elektronik.

Dalam pada itu, menurut Setiausaha MBPP, Ir. Ang Aing Thye yang hadir menyempurnakan majlis berkaitan, pihaknya sentiasa berusaha memperhebatkan program dan kempen kesedaran kitar semula di sekolah bagi memastikan kualiti hidup masyarakat dipertingkatkan sejajar dengan pertumbuhan pesat ekonomi negeri.

“Bersesuaian dengan peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya, MBPP yakin golongan muda, terutamanya elajar-pelajar sekolah mampu menjadi pemangkin dan meneruskan pemuliharaan alam sekitar pada masa hadapan.

“MBPP juga mempunyai tanggungjawab dalam memastikan alam sekitar tidak dicemari sewenang-wenangnya, antaranya dengan memperkenalkan pendekatan penyelesaian pengurusan sisa ‘segregation at source’ (pengasingan dari sumber) dan pemerkasaan 5R iaitu Reduce (kurangkan), Reuse (guna semula), Recycle (kitar semula), Rethink (fikir semula) dan Reinvent (cipta semula) pada semua lapisan masyarakat,” ujar beliau.

Selain itu, Aing Thye memberitahu bahawa banyak aktiviti boleh dijalankan di sekolah membabitkan penggunaan barang kitar semula yang secara tidak langsung dapat mendidik pelajar dari peringkat awal.

} else {