Pasar Percuma Butterworth pengisian rancak ekonomi penduduk setempat

Admin

BUTTERWORTH – Lemparkan senyuman paling manis dan minta elokelok, itulah harga yang harus “dibayar” oleh orang ramai yang mengunjungi Pasar Percuma Butterworth di perkarangan Masjid Abdul Kadir, Jalan Telaga Air di sini.

Dianjurkan oleh Think City Sdn. Bhd. (ThinkCity) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Persatuan Kebajikan Skuad Senyum dan jawatankuasa kariah Masjid Abdul Kadir, Pasar Percuma Butterworth merupakan yang pertama diadakan seumpamanya.

Ia selaras dengan pengisian Pelan Butterworth Baru dalam merancakkan ekonomi penduduk setempat khasnya dan juga sebagai satu aktiviti kemasyarakatan.

Program berteraskan konsep kebajikan tersebut dapat mengaplikasikan nilainilai murni dalam urusan ‘jual-beli’ yang secara tidak langsung menjadi mekanisma bagi memupuk nilai positif kalangan masyarakat.

Sebanyak 60 organisasi, syarikat tempatan dan individu mengambil bahagian menjayakan program ini.

Yang Dipertua MPSP, Dato’ Maimunah Mohd. Sharif dan Pengarah Eksekutif ThinkCity, Hamdan Abdul Majeed antara yang hadir meluangkan masa ‘membelibelah’ di Pasar Percuma Butterworth di sini.