Pelajar perlu kuasai ilmu pengekodan, seru MP

GEORGE TOWN – Penganjuran Kelas Pengekodan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui usahasama Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) dan secara tanggungjawab sosial korporat (CSR) Telebort Technologies Sdn. Bhd. (Telebort) diteruskan bagi sesi keenam pada 15 April lalu.

Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam yang kini merupakan Ahli Parlimen (MP) Bukit Bendera, Wong Hon Wai ketika ditemui berkata, penganjuran kelas sebegini bukan sahaja mendedahkan para pelajar mengenai ilmu pengekodan, malah juga memberi peluang untuk mereka mengenali bahasa pengaturcaraan yang bakal digunakan secara meluas pada masa hadapan.

Menurutnya, pengekodan merupakan bidang yang pantas dan pesat berkembang.

“Dahulu, saya juga ada belajar mengenai komputer tetapi ketika itu tidaklah sehebat kini, dahulu cuma menggunakan kaedah analog.

“Tetapi kini, pelajar berpeluang untuk mereka permainan komputer sendiri atau aplikasi (sendiri) menggunakan digital dan kod-kod yang mudah dipelajari.

“(Dan) pelajar perlu menguasai ilmu pengekodan ini kerana kalau tidak kita akan ketinggalan dalam Revolusi Industri 4.0,” ucap Hon Wai ketika merasmikan kelas pengekodan bagi KADUN Air Itam dekat Perpustakaan Digital Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

Difahamkan, Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Air Itam merupakan KADUN keenam selepas pelancaran pada 27 Januari lalu, diikuti KADUN Datuk Keramat, KADUN Batu Lancang, KADUN Padang Kota dan KADUN Batu Maung.

Seramai 150 peserta telah menerima manfaat daripada lima sesi terdahulu, dan bagi KADUN Air Itam tambahan 30 pelajar terpilih berumur antara 7 hingga 15 tahun turut berpeluang mempelajari bahasa pengekodan.


Cateogry: ADUN

Comments are closed.



Latest Articles

Like Our Facebook Page

Download Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Recent Comments

  1. Link telah dibaiki. Sila cuba lagi sekal... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013
  2. Buletin Mutiara 16-30 Mei 2013 Edisi Bah... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013

Archives