Pemandu teksi umpama ‘duta kecil’, enjin penggerak penting P. Pinang – KM

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI

Gambar : LAW SUUN TING

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri percaya, hasil usaha Kerajaan Negeri dengan rakyat Pulau Pinang dan keyakinan para pelabur, Pulau Pinang akan terus menjadi negeri hebat di Malaysia.

Kenyataan tersebut dinyatakan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng pada Majlis Makan Tengahari Bersama-sama 400 Pemandu Teksi Pulau Pinang anjuran The TOP, Komtar baru-baru ini.

Katanya, Kerajaan Negeri akan terus membantu pemandu teksi di Pulau Pinang menjana pendapatan.

“Kerajaan Negeri akan lihat bagaimana hendak membantu pemandu teksi, selain daripada memberi bantuan RM600 setahun.

“Malah, kerjasama yang baik dengan Kementerian Pelancongan Malaysia, saya yakin kita boleh mengharumkan nama Pulau Pinang,” ucapnya yang disambut dengan tepukan gemuruh daripada pemandu-pemandu teksi yang hadir.

Hadir sama, Penasihat Strategik Kepada Ketua Menteri, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Pengerusi Gabungan Persatuan Pemandu Teksi Pulau Pinang, Abd. Malik Darus; Ketua Pegawai Eksekutif Only World Group (OWG), Datuk Sri Richard Koh dan Ketua Pegawai Operasi (Kumpulan) OWG, Datuk Jean Koh.

Tambah Guan Eng, beliau berharap agar pemandu-pemandu teksi di Pulau Pinang dapat menjadi ‘duta kecil’ mempromosikan tarikan pelancongan di negeri ini.

“Pemandu teksi umpama ‘duta kecil’ di Pulau Pinang yang menjadi ‘enjin’ penggerak penting bagi mempromosikan lokasi-lokasi tarikan pelancongan seperti Bukit Bendera, Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town dan yang terkini Komtar.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri, pastinya kami akan memperbanyakkan lagi tarikan pelancongan di negeri ini dalam usaha mentransformasikan Pulau Pinang sebagai salah sebuah destinasi pelancongan utama di Malaysia.

“Jadi, saya harap tuan-tuan dan puanpuan (pemandu teksi) dapat membantu mempromosikan Pulau Pinang supaya kita sama-sama dapat menjadikan negeri ini maju jaya,” ujarnya pada majlis berkaitan.


Kategori: Bahasa Malaysia, Semasa

Comments are closed.



Artikel Terkini

Like Our Facebook Page

Muat Turun Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Komen Terkini

  1. Program tersebut telah lama diadakan sej... in ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma
    on September 9, 2015
  2. Saya ingin tahu rumah terbuka di seluruh... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on August 3, 2015
  3. 1 Ogos 2015 - Ahli Parlimen Bukit Bender... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015
  4. Salam hormat, Berikut adalah senarai y... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015

Archives