Pembangunan akar umbi perlu bagi lahir atlet taraf dunia

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : SHUM JIAN-WEI

PULAU TIKUS – Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong menyatakan bahawa dalam usaha melahirkan atlet bertaraf dunia, pembangunan pada peringkat akar umbi adalah perlu sempurna.

Justeru, katanya, inisiatif berkaitan perlu dilaksanakan menerusi kajian mendalam dan penggunaan teknologi sekiranya perlu.

“Sebagaimana sukan berprestasi tinggi, setiap latihan yang dijalankan adalah amat sukar dan tiada jalan pintas melainkan usaha serta mengoptimumkan kemudahan yang ada,’’ katanya pada Majlis Perasmian Simposium Sukan Negeri Pulau Pinang anjuran Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP).

Antara panel yang hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz; Pengarah MSNPP, Frederick Tan Teck An; Ahli Majlis bagi Sains Sukan MSNPP, Dr. Teoh Heng Teong; wakil Institut Perubatan dan Pergigian Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Rabindarjeet Singh dan Pengarah Sekolah Sukan Singapura, Dr. Irwin Seet.

Dalam pada itu, pada majlis penutupan, Ahli Dewan Undangan (DUN) Seri Delima, R.S.N. Rayer yang hadir menasihatkan supaya para atlet dan pegawai-pegawai berkaitan supaya menimba ilmu sebanyak yang mungkin.

“Keajaiban tidak akan berlaku dalam satu malam sahaja, maka apa yang penting adalah kekal fokus dalam mencapai kejayaan,” seru beliau

document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);