Pembangunan RM63 juta PAC jangka siap suku pertama 2019

Gambar : ALISSALA THIAN

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri barubaru ini mengumumkan pembangunan Penang Automation Cluster (PAC) bernilai RM63 juta di Taman Perindustrian Batu Kawan, Seberang Perai Selatan (SPS) yang dijangka bermula pada suku ketiga 2017 dan siap menjelang suku pertama dua tahun kemudian.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, PAC merupakan sebuah pusat sehenti pembekalan komponen logam bagi syarikat-syarikat multinasional (MNC) yang pertama seumpamanya di Malaysia, hasil usahasama tiga syarikat gergasi tempatan iaitu ViTrox Corporation Berhad (ViTrox), Pentamaster Technology (M) Sdn. Bhd.

(Pentamaster) dan Walta Engineering Sdn. Bhd. (Walta) yang membentuk Penang Automation Cluster Sdn. Bhd. “Sejumlah RM980 juta hasil dianggarkan menjelang tahun 2021 bagi ketiga-tiga syarikat terbabit dengan nilai pelaburan dijangka mencecah RM63 juta iaitu RM23 juta daripada PAC dan RM40 juta lagi daripada 18 syarikat kluster perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Malah, kesan limpahan (spillover effect) bagi 18 buah syarikat kluster PKS ini juga hasilnya diunjurkan melebihi RM118 juta,” jelasnya pada sidang media di sini 8 Februari lalu.

Turut serta, Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon yang juga Exco Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat; Pengarah investPenang, Datuk Seri Lee Kah Choon; Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Datuk Rosli Jaafar dan Pengurus Besar investPenang, Loo Lee Lian.

Wakil-wakil daripada syarikat usahasama, Ketua Pegawai Eksekutif ViTrox, Chu Jenn Weng; Pengerusi Eksekutif Pentamaster, Chuah Choon Bin dan Pengarah Urusan Walta, Goh Kheng Sneah turut hadir.

Dalam pada itu, Guan Eng turut mengumumkan bahawa ketiga-tiga syarikat usahasama bakal mengembangkan operasinya di Batu Kawan dengan ViTrox melaburkan RM120 juta bagi membangunkan ViTrox Campus 2.0 dan Pentamaster serta Walta masing-masing RM50, membangunkan fasiliti baharu.

Dianggarkan sejumlah 500 peluang pekerjaan akan wujud apabila PAC mula beroperasi kelak dan keutamaan akan diberikan kepada pelatih yang menyertai German Dual Vocational Training (GDVT) iaitu program latihan industri pertama seumpamanya di Malaysia.

“Kerajaan Negeri telah melaburkan RM6 juta bagi program GDVT, dan pastinya keutamaan diberikan kepada pelatih yang terlatih,” ujarnya.

Fasa pertama PAC akan dibangunkan di atas tanah berkeluasan 5 ekar dan dijangka siap serta beroperasi sepenuhnya menjelang tahun 2019 nanti.


Comments are closed.



Artikel Terkini

Like Our Facebook Page

Muat Turun Buletin Mutiara

Buletin Mutiara Videos

Komen Terkini

  1. Program tersebut telah lama diadakan sej... in ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma
    on September 9, 2015
  2. Saya ingin tahu rumah terbuka di seluruh... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on August 3, 2015
  3. 1 Ogos 2015 - Ahli Parlimen Bukit Bender... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015
  4. Salam hormat, Berikut adalah senarai y... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015

Archives