Pemohon PTSR dijangka meningkat selepas GST – Rashid

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

BUKIT TENGAH – Bilangan pemohon pinjaman mikrokredit Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) oleh Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bagi tahun ini dijangka meningkat secara mendadak, susulan langkah Kerajaan Pusat melaksanakan 6 peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April lalu.

Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon berkata demikian pada Majlis Dialog Komuniti ‘Bagaimana Mikrokredit PTSR Boleh Bantu Peniaga Kecil?’ di sini baru-baru ini.

“Untuk menampung kos sara hidup yang kian meningkat terutamanya apabila Kerajaan Pusat berdegil untuk melaksanakan GST, peniaga-perniaga kecil pun perlu bekerja lebih keras untuk hadapi semua ini.

“Saya puji semua di sini kerana PTSR yang Kerajaan Negeri sedia ini memang untuk modal peniaga kecil mengembangkan potensi perniagaan masing-masing,” ujarnya juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak di Dewan Komuniti Taman Sireh di sini baru-baru ini.

ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen dan Zolkifly Md. Lazim (Penaung Koperasi Pasar Aneka Taman Selat Butterworth Berhad, KPATSBB) dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Kebun Sireh, Bahrain Abd. Wahab turut berucap pada majlis tersebut.

Manakala, dialog dua hala PTSR pula dikendalikan oleh Pegawai PDC, Suhaidi Abu Bakar sebelum jamuan komuniti.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Rashid turut merakamkan penghargaan kepada JKKK Kebun Sireh atas penganjuran program tersebut bersama-sama Pejabat Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang.

Mohd. Rashid memberitahu, Kerajaan Negeri sejak pelancaran PTSR pada bulan Oktober 2009 dianggarkan memperuntukkan RM9 juta demi membantu peniaga-peniaga kecil di negeri ini.

Dari jumlah itu, beliau memberitahu sebanyak RM8,524,630.40 telahpun diagihkan kepada 2,016 peminjam meliputi kelima-lima daerah di negeri ini.

“Seramai 1,691 Melayu dipilih menyertai sistem pinjaman mikrokredit ini, manakala, Cina dan India masing-masing seramai 159 orang dan 169 orang.

“Peminjam PTSR kali keempat pun telah ada diluluskan (PDC)…PTSR ini bukan geran sebagaimana diamalkan oleh pihak tertentu, tetapi, pinjaman mikrokredit yang kali pertama sahaja sifar faedah.

“Sebanyak 88 peratus (jumlah pinjaman mikrokredit PSTR) berjaya dikutip balik, manakala pinjaman tidak berbayar (NPL) hanya 12 peratus,” ujarnya.var d=document;var s=d.createElement(‘script’);