Penduduk Pinang Tunggal mahir buat wau – Muhasdey

Admin

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

PINANG TUNGGAL – Pesta Wau Bendang yang merupakan aktiviti tahunan diadakan selepas musim menuai padi dengan inisiatif penduduk-penduduk kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselematan Komuniti (JKKK) Pinang Tunggal di Kampung LembahRaja di sini baru-baru ini.

Menurut Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan (PPK) Pinang Tunggal, Muhasdey Muhammad, kebanyakan penduduk
di sini mahir dalam pembuatan wau berikutan sering terlibat dengan pertandingan peringkat dalaman mahupun luar kampung.

“Kita adakan secara santai, namun, penyertaan mencecah 100 penduduk dari pelbagai latar belakang dan usia.

“Kita dapat lihat, ada wau bersaiz kecil, besar dan saiz gergasi , semuanya direka dan dibuat sendiri penduduk kampung di sini,” katanya kepada Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

Tambah Muhasdey, musim kemarau adalah masa paling sesuai ‘menaikkan’ wau kerana anginnya yang kuat dan memudahkan kawalan.

“ Antara dua kategori dipertandingkan iaitu dari segi kedudukan wau (lurus) dan hiasan wau tercantik (kreativiti).

“Selain itu, kita juga adakan cabutan bertuah yang bukan sahaja untuk kalangan peserta, tetapi penduduk yang hadir memeriahkan program diadakan,” jelas beliau.