Penerbitan Penang’s SEA Games Gold Medalist sebagai tanda penghargaan

Gambar : LAW SUUN TING

GEORGE TOWN – Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) baru-baru ini meluncurkan buku Penang’s SEA Games Gold Medalist 1959 – 2015 sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri terhadap jasa dan sumbangan barisan atlet tanah air ini.

Mengulas lanjut, Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Chong Eng memberitahu, majlis peluncuran tersebut juga adalah bersempena kejohanan Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur yang berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos 2017.

Tambah beliau, penerbitan tersebut memuatkan rekod serta jasa sumbangan 74 wira dan wirawati sukan Pulau Pinang membabitkan 19 jenis sukan pada tempoh 1959 hingga 2015.

“Saya berharap para atlet muda yang hadir mengambil peluang keemasan untuk mempelajari sedikit-sebanyak pengalaman, pencapaian dan pengorbanan wira serta wirawati negara di dalam bidang sukan.

“Yang mana cabaran dihadapi atlet pada zaman berkaitan adalah tidak mudah termasuk pada aspek sokongan, malah, pengetahuan tentang sains sukan juga adalah agak terhad (ketika itu),” ucapnya pada majlis berkaitan di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Exco Pembangunan Pelancogan, Danny Law Heng Kiang; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato’ Ghazali Derahman; Datuk Bandar bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Dato’ Maimunah Mohd. Sharif; Pengarah MSNPP, Frederick Tan Teck An; Ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan MSNPP dan
wakil-wakil persatuan sukan lain.

Turut serta, bekas atlet negeri yang merupakan penyumbang pingat emas dalam acara masing-masing.

Antaranya, Datuk T. Krishnan, PBLS Payadesa, P. Sakthirani (Olahraga); Ong Ewe Hock dan Ong Ewe Chye (Badminton); Oon Phei San (Bola Keranjang); Jelani Wilastra (Bola Sepak); Jiwa Mohan dan Adi Fazri Rahim (Hoki); Yeoh Swee King, Thoe Ai Poh (Karate); R. Rajendran (Taekwondo) dan Kevan Cheah (Wushu).


Comments are closed.



Artikel Terkini

Like Our Facebook Page

Muat Turun Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Komen Terkini

  1. Program tersebut telah lama diadakan sej... in ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma
    on September 9, 2015
  2. Saya ingin tahu rumah terbuka di seluruh... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on August 3, 2015
  3. 1 Ogos 2015 - Ahli Parlimen Bukit Bender... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015
  4. Salam hormat, Berikut adalah senarai y... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015

Archives