Peneroka bandar Kampung Permatang Tok Subuh dapat ‘Rumah Ganti Rumah’, sekaligus sanggah fitnah pembangkang

MACHANG BUBUK – Sesegera mungkin ‘Rumah Ganti Rumah’ bernilai RM100,000 seunit akan diberikan kepada 37 keluarga peneroka bandar yang diusir secara paksa daripada Kampung Permatang Tok Subuh.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong memberitahu bahawa inisiatif tersebut sekaligus menyanggah dakwaan pihak pembangkang Pulau Pinang kononnya Kerajaan Negeri Pakatan Harapan hari ini tidak membela nasib peneroka bandar di kampung berkenaan.

“Kampung Tok Subuh seringkali dijadikan modal fitnah Umno dan BN (Barisan Nasional) dan sekutu mereka terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

“(Namun), 37 keluarga peneroka akan diberikan rumah bernilai RM100,000 bagi setiap keluarga di tanah Kampung Tok Subuh juga.

“Keluarga peneroka telah menyatakan sokongan kepada Kerajaan Negeri mengambil balik tanah lot 635 Kampung Permatang Tok Subuh untuk mendirikan rumah baru tersebut.

“Semua 11 rumah yang kini berada di atas lot 635 telah ditawarkan rumah RM100,000 secara percuma,” jelas beliau dalam satu majlis interaksi bersama-sama penduduk kampung berkenaan di sini baru-baru ini.

Turut berucap, jurucakap Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bukit Mertajam, Jab Samat serta Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Penduduk Kampung Permatang Tok Subuh, Hamidah Che Embi.

Sebelum itu, menurut Hamidah, secara umumnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang seakan telah berjaya menyelamatkan Kampung Permatang Tok Subuh daripada lenyap.

“Semua 37 keluarga bakal mendapat rumah baru, jangan pula ada mana-mana pihak merosakkan rancangan Kerajaan Negeri dan perjuangan peneroka untuk membangunkan semula Kampung Permatang Tok Subuh,” ujarnya.

Difahamkan, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) akan membina sendiri unit-unit kediaman untuk peneroka bandar berkenaan, dengan kos pemajuan seunit adalah RM25,000, tetapi nilai hartanah tersebut dianggarkan kira-kira RM100,000. 11 keluarga yang baru bersetuju dengan solusi ‘Rumah Ganti Rumah’ hanya akan ditawarkan unit kediaman berwajib secara percuma dengan tunai RM2,500 untuk tujuan mengosongkan unit kediaman asal mereka masing-masing di atas tanah berkenaan.

Manakala 26 keluarga lain, akan diberi unit kediaman sama berserta baki pampasan, jika jumlah asal pampasan yang dipersetujui antara mereka dan pemaju swasta adalah melebihi RM25,000.

Pada majlis sama, 37 keluarga berkenaan turut mengangkat kain rentang menyokong usaha Kerajaan Negeri membela nasib mereka.

Pada kain rentang tersebut tertera mesej, ‘Kami 26 keluarga Kg. Tok Subuh sokong usaha Kerajan Negeri Pulau Pinang membangunkan semula lot 635 untuk keluarga peneroka.’


Kategori: Bahasa Malaysia, Semasa

Comments are closed.



Artikel Terkini

Like Our Facebook Page

Muat Turun Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Komen Terkini

  1. Program tersebut telah lama diadakan sej... in ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma
    on September 9, 2015
  2. Saya ingin tahu rumah terbuka di seluruh... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on August 3, 2015
  3. 1 Ogos 2015 - Ahli Parlimen Bukit Bender... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015
  4. Salam hormat, Berikut adalah senarai y... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015

Archives