Pengairan bergilir-gilir babitkan petani perlu secara muafakat – Exco

Admin

SUNGAI DUA – Tahap pengairan u n t u k  t u j u a n pertanian sekarang di Pulau Pinang adalah lebih baik berbanding ketika negeri ini dilanda musim kemarau panjang Super El Nino pada tahun lepas.

Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin b a g a ima n a p u n berkata, semua pesawah perlu melaksanakan sistem penggiliran secara muafakat bersama, sungguhpun bekalan air pengairan mencukupi.

“Saya difahamkan pengairan tahun ini baik berikutan sumber air yang mencukupi dan tiada isu kemarau.

“Berkenaan penggiliran saliran, saya rasa ianya mampu diselesaikan secara muafakat dalam kalangan petani di sini,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya pada Majlis Kesyukuran Sempena Program Penjadualan Semula Air Untuk Tanaman Padi Bagi Negeri Pulau Pinang 2016 di sini baru-baru ini.

Sebelum itu, Afif bersama-sama para pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta kakitangan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) turun padang bagi meninjau keadaan pintu-pintu air serta saliran-saliran utama untuk sektor pengairan padi di Alor Merah dekat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Sungai Dua.

Dalam sesi interaksi dua hala, beberapa pesawah membangkitkan isu bekalan air ke petak sawah mereka adalah tidak mencukupi, dipercayai berpunca oleh sistem pengairan yang tersumbat.

Dalam reaksi spontan, Afif meminta pesawah-pesawah berkenaan supaya saling bekerjasama dengan wakil JPS dan IADA untuk mengenal pasti punca sebenar masalah berbangkit itu, dan diselesaikan secara muafakat bersama.

Pada pertengahan Disember tahun lepas, Afif mengumumkan pelaksanaan kajian lapangan JPS Peringkat Persekutuan dan Negeri selama dua tahun sehingga 2018 pada keadaan tahap bekalan air sungai mentah tertentu di Pulau Pinang adalah berdasarkan pengalaman mengharungi musim kemarau panjang El Nino pada tahun 2014 dan 2016.