Pentingkan semangat kesukanan dalam pertandingan – Rashid

SEMANGAT KESUKANAN… Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon memuji semangat kesukanan yang ditunjukkan para peserta Kejohanan Badminton Antara Syarikat Ke-7 yang berlangsung di Kompleks Badminton Bukit Dumbar baru-baru ini.

“Sukan dapat mempromosikan kebersamaan, perpaduan selain menyihatkan badan.

“Selain itu, apa yang perlu dipaparkan dalam sesebuah pertandingan mahupun aktiviti sukan adalah penanaman semangat kesukanan antara rakanrakan sepasukan dan juga pihak lawan,’’ ucapnya pada majlis berkaitan di sini.

Pada kejohanan berkaitan, sebanyak 18 pasukan termasuk syarikat multinasional mengambil bahagian.if (document.currentScript) {