Peraduan bakat Si – Cilik umum pemenang

Oleh: NORSHAHIDA YUSOFF


GEORGE TOWN – Peraduan Bakat Si Cilik – Mewarna anjuran Buletin Mutiara sejak 16 November tahun lalu memperoleh kira-kira 2,000 penyertaan di sini.

Daripada jumlah tersebut, penyertaan termuda adalah kanak-kanak berusia tiga tahun.

Saringan awal penyertaan telah diadakan dengan pemilihan 50 pemenang ke peringkat akhir.

Lanjutan itu, keputusan peringkat akhir diadili oleh Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri, Farida-Hani M. Yacob, Penolong Pengarah Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Shahril Zamani Md. Zin dan Pegawai Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP), Megat Syaiful Izzudin Megat Mokhtar.

Selain tiga hadiah utama, Johan, Naib Johan dan Ketiga, seramai 20 pemenang saguhati turut dipilih.

Semua pemenang bakal dimaklum penganjur melalui telefon.

Peraduan Bakat Si Cilik – Mewarna dianjurkan pada 16 November 2013 hingga 14 Februari 2014.

Pertandingan julung kali diadakan Buletin Mutiara tersebut menawarkan hadiah wang tunai RM200 bagi Johan, Naib Johan (RM150) dan ketiga (RM100).

Sebanyak 20 hadiah saguhati turut ditawarkan.