Pertandingan pupuk generasi muda cintakan bidang masakan

Admin

GEORGE TOWN – Penganjuran Pertandingan Memasak Dalam Taman 2017 merupakan platform untuk pelapis generasi muda mencintai kelangsungan bidang masakan.

Pengarah Khidmat Kemasyarakatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Rashidah Jalaludin berkata, saban tahun penganjuran sedemikian (Pertandingan Memasak Dalam Taman) yang dianjurkan bersama di antara MBPP dan Persatuan Jurumasak Pulau Pinang menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat umum.

“Memandangkan program berbentuk rekreasi ini memberi banyak manfaat kepada masyarakat, maka kita (MBPP) menjadikan ia acara tahunan Majlis.

“Diharap dengan penganjuran program sebegini, akan memberi semangat kepada generasi muda mencintai bidang masakan serta menyemai nilai-nilai murni dan positif ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang saling tolongmenolong,” ucapnya mewakili Pengarah Khidmat Pengurusan MBPP.

Hadir sama, Presiden Persatuan Jurumasak Pulau Pinang, Thomas Lee, wakil-wakil daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang (JPNPP). Pertandingan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Kategori Terbuka, Pelajar dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang mana setiap kategori mempunyai 12 peserta.

PARA peserta Pertandingan Memasak Dalam Taman 2017 bergambar
kenangan bersama-sama pihak penganjur dan barisan pengadil di sini barubaru
ini.

Pertandingan tersebut turut mendapat tajaan daripada gas memasak Petronas dan sayur-sayuran organik (JPNPP).