Program dakian berkonsep bawa botol minuman sendiri

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF

GEORGE TOWN – Buat julung kalinya, bagi menyokong persekitaran hijau, konsep membawa botol minuman dan cawan sendiri (BYOB) oleh para peserta diperkenalkan sempena penganjuran dakian Trails in Twilight Stars di Bukit Bendera pada 20 hingga 21 Disember ini.

Perkara tersebut diumumkan sendiri Ahli Parlimennya, Zairil Khir Johari pada sidang media pengumuman penganjuran program berkenaan di sini baru-baru ini.

Zairil berkata, konsep yang diperkenalkan sejajar dengan polisi Kerajaan Negeri ke arah sebuah negeri hijau melalui pengurangan penggunaan cawan plastik dalam kalangan peserta.

“ Ianya yang pertama diperkenalkan di Pulau Pinang pada penganjuran ini.

“Lazimnya, pihak penganjur akan menyediakan minuman.

Tetapi dengan memperkenalkan konsep ini, sekaligus akan mengurangkan penggunaan cawan plastik atau kertas.

“Malah, sisa bahan buangan daripada cawan-cawan tersebut adalah dikurangkan kepada sifar,” ujarnya pada sidang media yang diadakan di Pusat Komuniti Parlimen Bukit Bendera.

Hadir sama, salah seorang peserta dan barisan penganjur, Karen Geh.

Kira – kira 300 peserta dijangka mengambil bahagian dalam acara terbabit.

Dalam pada itu, Karen berkata, dakian Trails in Twilight Stars bakal mencabar stamina para peserta kerana ia dianjurkan khas pada waktu
malam.
“Pertandingan bermula seawal
jam 6 petang hingga 6 pagi
keesokannya. Ini bermakna, para
peserta boleh ‘menikmati’ suasana
mendaki pada waktu malam.
“ S e p a n j a n g 1 2 j a m
b e r l a n g s u n g n y a d a k i a n
membabitkan kira-kira tujuh
kilometer (km) tersebut, para
peserta boleh menyelesaikan
seberapa banyak pusingan
(loops) yang terdaya dalam
tempoh masa yang diberikan.
“Peserta yang berjaya
melengkapkan satu hingga
empat pusingan (7 km ke 28 km)
bakal diberikan pingat Gangsa,
lima hingga tujuh pusingan (35
km ke 49 km), pingat Perak dan
lapan pusingan (56 km ke atas),
pingat Emas,’’ jelas Zairil.
Tarikh tutup penyertaan
adalah pada 31 Oktober 2014.
Sebarang maklumat lanjut sila
layari, www.facebook.com/
TrailInTwilightStars atau laman
sesawang rasmi, http://
mytriathlonshop.com/events/
twilight/.