Promosi sukan dapat jauhkan belia dari dadah – Exco

Admin

GEORGE TOWN – Pasukan Perak A menjuarai Kejohanan Futsal Peringkat Kebangsaan Ke-5 Piala Penaung Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Kebangsaan 2015 pada 4 April lepas, selepas menewaskan pasukan lawan dari Terengganu dengan satu berbalas kosong.

Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin berkata, penganjuran program kebeliaan seumpama itu diharap dapat mempromosi gaya hidup yang lebih sihat daripada najis dadah dalam kalangan remaja.

“Kejohanan ini sebagai langkah agensi Kerajaan untuk mempromosi gaya hidup yang sihat (serta) salah satu cara untuk membendung remaja daripada terjebak dengan najis dadah.

“Saya difahamkan bahawa kejohanan ini adalah pertama kali diadakan di luar Lembah Klang dan diharapkan lebih banyak kejohanan seumpama ini dapat dianjurkan di Pulau Pinang demi membina jati diri remaja dan anak muda,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya pada majlis perasmian kejohanan tersebut yang dilangsung di Safira  Sport Planet di sini baru-baru ini.

Kejohanan baru-baru ini dibuka kepada anggota PEMADAM berusia antara 18 hingga 30 tahun dan semua PEMADAM negeri menghantar tiga pasukan iaitu dua pasukan lelaki dan satu wanita.

Sementara itu, Afif memberitahu Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) kini gigih menganjurkan kejohanan bola sepak secara liga di kelima-lima daerah di negeri ini, Tidak cukup dengan itu, beliau memberitahu, P Y D C turut menganjurkan Kejohanan Bola Keranjang Peringkat Daerah secara liga demi memastikan generasi muda di negeri ini tidak terjebak pada ketagihan dadah atau gejala sosial lain.

document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);