Pulau Pinang, negeri penuh semangat kecintaan dan kasih sayang

Admin

SAYA PULAU PINANG… SERAMAI 1,600 peserta pelbagai lapisan usia dan latar belakang menyertai acara mendaki Bukit Bendera, I Penang Hike #UntukNegeriKita anjuran bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Perbadanan Bukit Bendera (PHC), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), peneraju sukan bukan kompetitif, Active Style Sdn. Bhd. dan TLM Event Sdn. Bhd.

Acara yang dilangsungkan pada sambutan Hari Ibu tersebut meriah apabila Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon turut sama mendaki sehingga ke puncak Bukit Bendera.

Pelepasan peserta disempurnakan oleh Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng sambil diiringi Pengurus Besar PHC, Cheok Lay Leng.

Ketika berucap, Guan Eng berkata, Pulau Pinang merupakan negeri yang penuh dengan semangat kecintaan dan kasih sayang.

“Acara ini melambangkan semangat kita sebagai rakyat Pulau Pinang yang cintakan negeri kita, cintakan keharmonian antara kaum dan saling menyayangi antara satu sama lain, saksama serta adil untuk semua,” katanya yang berharap para peserta bukan sahaja mendaki dengan penuh semangat, malah juga menghayati keindahan alam semulajadi di Bukit Bendera.


KETUA Menteri, Mohd. Rashid Hasnon dan Cheok
Lay Leng menyempurnakan acara pelepasan
peserta I Penang Hike #UntukNegeriKita di sini
baru-baru ini.
SEMANGAT yang ditunjukkan para peserta yang terdiri
daripada berbilang bangsa dan lapisan umur.
PESERTA cilik yang turut mengambil bahagian
PARA peserta tidak melepaskan kesempatan berswafoto pada penganjuran berkaitan.
SEBAHAGIAN peserta yang memberikan pose istimewa bagi
menzahirkan rasa kecintaan terhadap Pulau Pinang.
RIBUAN peserta yang mengambil bahagian

Selesai berucap, Guan Eng melaungkan ‘I Penang’ dalam empat bahasa yang turut disambut dengan gelak gempita semua peserta yang hadir.