“Pulau Pinang sebagai batu loncatan kembang projek pelaburan, pemasaran”

PERAI – Hab industri pembuatan di Pulau Pinang yang kian berkembang serta dijangka menjadi ‘Lembah Silikon’ masa depan baru di rantau Asia Tenggara sebagaimana dilaporkan media antarabangsa tertentu, diharap akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon berkata demikian pada Majlis Perasmian Pembukaan Valeo, iaitu industri reka bentuk dan pemasaran kelengkapan automotif berteknologi tinggi global dari Perancis di Zon Perindustrian Bebas Perai di sini baru-baru ini.

“Pulau Pinang disebut dalam laporan berita antarabangsa BBC, sebagai ‘Lembah Silikon’ Asia Tenggara bagi Hab perkakasan pelbagai pada masa hadapan.

“Kita (Pulau Pinang) mempunyai ekosistem yang strategik serta Hab industri pintar yang berpengkalan lebih 40 tahun.

“Dengan kedudukan Pulau Pinang yang begitu strategik di rantau Asia ini, seperti Valeo, diharapkan lebih banyak lagi syarikat  multinasional luar datang melabur serta membuka industri di negeri ini,” jelasnya mewakili Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng pada majlis berkaitan.

Mohd. Rashid yang juga Exco Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat memberitahu, Pulau Pinang ketika ini dilihat ‘jaguh pelaburan nombor 1’ negara berbanding negeri-negeri lain.

Duta Perancis ke Malaysia, Frederic Laplanche serta Presiden Valeo, Marc Vrecko antara yang berucap pada majlis tersebut.

Menurut Vrecko, industri yang baru dibuka di Pulau Pinang tersebut adalah di atas sebidang tanah berkeluasan 47,000 kaki persegi.

Tambahnya, dalam tahun 2016 sahaja, hasil jualan kumpulan Valeo adalah kirakira 16.5 bilion Euro, dengan lebih 11 peratus kelengkapan asli yang terjual adalah dihasilkan sendiri di Jabatan Penyelidikan dan Pembangan (R&D) industri berkenaan.

“Secara keseluruhannya, kumpulan Valeo mempunyai 169 pelan reka bentuk, pusat penyelidikan (20), pusat pembangunan (38) serta pemasaran (15) dan 106,000 buruh daripada 32 negara,” jelasnya sambil menganggap pembukaan kilang di Pulau Pinang sebagai batu loncatan untuk mengembangkan projek pelaburan serta pemasaran perkakas kelengkapan automotif berteknologi di peringkat rantau Asia Tenggara.


Comments are closed.



Artikel Terkini

Like Our Facebook Page

Muat Turun Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Komen Terkini

  1. Program tersebut telah lama diadakan sej... in ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma
    on September 9, 2015
  2. Saya ingin tahu rumah terbuka di seluruh... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on August 3, 2015
  3. 1 Ogos 2015 - Ahli Parlimen Bukit Bender... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015
  4. Salam hormat, Berikut adalah senarai y... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015

Archives