Pulau Pinang transit konvoi Ferrari

Admin

MENGUJAKAN… Sebanyak 32 kereta mewah jenama Ferrari yang dalam perjalanan ke Krabi, Thailand memilih Pulau Pinang sebagai lokasi persinggahan satu malam baru-baru ini.

Presiden Persatuan Pemilik Kereta Ferrari dari Singapura, Eddy Kheng memberitahu bahawa pihaknya memilih Pulau Pinang ekoran negeri ini merupakan destinasi pelancongan menarik di samping turut menyajikan kepelbagaian makanan yang enak dan lazat.

Konvoi dan percutian merangkumi jarak perjalanan 2,500 kilometer (pergi dan balik) tersebut mengambil tempoh masa selama satu minggu.

Hadir melepaskan delegasi tersebut untuk meneruskan perjalanan selanjutnya adalah Exco Pembangunan Pelancongan, Law Heng Kiang.