Pulihara alam sekitar demi masa depan Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Bersempena penganjuran kayuhan Race For A Better Planet baru-baru ini, Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon mengajak semua termasuk komuniti berbasikal di sini supaya komited dalam memelihara kehijauan alam sekitar negeri ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum acara pelepasan kirakira 500 peserta dekat Jalan Anson di sini baru-baru ini. Menurut Mohd. Rashid, Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini sememangnya bertekad untuk terus memelihara alam sekitar dengan mengadakan pelbagai program kesedaran umum seperti pengasingan sisa di punca, kitar semula, penanaman serta penanaman semula pokok, gotong-royong perdana dan sebagainya.

“Ia (program-program kesedaran) selaras dan bertepatan dengan visi Kerajaan Negeri yang mahu menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang lebih bersih, hijau, sihat dan selamat.

“Justeru, saya ingin menyeru agar komuniti berbasikal di negeri ini supaya dapat bersama-sama Kerajaan Negeri menjaga…memelihara dan tidak mencemarkan alam sekitar demi masa depan anak-anak kita,” ujarnya yang turut menyertai kayuhan sejauh 40 kilometer dari Jalan Anson.


Kategori: Bahasa Malaysia, Hijau

Comments are closed.



Artikel Terkini

Like Our Facebook Page

Muat Turun Buletin Mutiara

Buletin Mutiara Videos

Komen Terkini

  1. Program tersebut telah lama diadakan sej... in ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma
    on September 9, 2015
  2. Saya ingin tahu rumah terbuka di seluruh... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on August 3, 2015
  3. 1 Ogos 2015 - Ahli Parlimen Bukit Bender... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015
  4. Salam hormat, Berikut adalah senarai y... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015

Archives