Rancang & laksana 60 projek RTB atasi banjir – Exco

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF

DATUK KERAMAT – Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Tebatan Banjir dalam perancangan menyediakan pelan induk saliran dan tebatan banjir melibatkan lima daerah di Pulau Pinang sebagai merungkai masalah banjir kelak.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan agensi-agensi berwajib termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), majlis-majlis daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang dalam menyediakan pelan induk berkenaan.

Menurutnya, rancangan sudah berjalan dan Kerajaan Negeri kini dalam proses pelaksanaan jangka panjang melibatkan hampir 60 projek rancangan tebatan banjir (RTB) seluruh negeri.

“Kita (MMK Tebatan Banjir) telah mengenal pasti hampir 60 lokasi untuk dilaksanakan RTB yang bakal membabitkan nilai berbilion ringgit, dan inilah cabaran utama dalam pelaksanaan projek ini,” ujarnya selepas merasmikan Projek RTB Sungai Pinang sempena Hari Inovasi JPS Pulau Pinang di Pusat Informasi Sungai Pinang di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Pengarah JPS Pulau Pinang, Ir. Sabri Abdul Mulok.

if (document.currentScript) {