Rashid sambut konvoi anak-anak muda Selangor

KONVOI TAHUN BARU… Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon menyambut konvoi 500 anak-anak muda dari Selangor bersempena penganjuran Program Malam Santai Anak Muda Bersama-sama Timbalan Ketua Menteri I di Uptown Bayan Baru pada 1 Januari lalu di sini.

Pada majlis berkaitan, Mohd. Rashid menyeru masyarakat umum supaya tidak ‘meminggirkan’ generasi muda, sebaliknya memberi peluang dan mendorong golongan tersebut dengan ilmu-ilmu bermanfaat seperti kemahiran dan lain-lain.

“Sekiranya masyarakat meminggirkan golongan muda, kita bimbang mereka akan terjebak dengan gejala negatif dan seterusnya membinasakan diri mereka sendiri serta masyarakat umum secara tidak langsung,” katanya pada majlis berkaitan di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mohd. Rashid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak tidak menolak kemungkinan bahawa konvoi anak-anak muda dari Pulau Pinang akan ke negeri Selangor pula pada masa akan datang.

Pada malam tersebut, kumpulan berkaitan turut dihiburkan dengan persembahan kugiran.} else {